Cuti Midsem
>> Friday, March 20, 2009
Setelah sekian lama tidak diupdate, kami di sini, warga Kedai Kopi V4CS2 ingin mengucapkan "Selamat Bercuti!" kepada rakan rakan sekalian.
Setelah sekian lama tidak diupdate, kami di sini, warga Kedai Kopi V4CS2 ingin mengucapkan "Selamat Bercuti!" kepada rakan rakan sekalian.
Ya. ini selingan. sementara menunggu post tentang outdoor picnic dari admin (semua orang sedia maklum yg admin v4cs2 sangat sebok), ayuh kita berseling dengan selingan ini. credit to padlychenko.blogspot
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
“Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi ” kata si doktor.
“Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu,” kata lelaki itu.
“Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu” jawab si doktor itu.
“Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti” kata lelaki itu.
“Mengapa pula ?” tanya doktor tersebut. “Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin” jawap lelaki itu sugul.
Mari kita meraikan kedatangan tahun baru dengan berusaha sepenuhnya dalam pelajaran/intern/ETP.
Rumah ini telah menerima kedatangan 3 penghuni baru, Zhafran (Apan), Zahidi (Ustart) dan Leonhart (Leon). Kedatangan mereka sangat dialu-alukan dan disenangi ramai. Haha.
Setelah memasuki tahun ketiga di UTP, kesibukan mula dirasai setelah dibebani dengan pelbagai projek, seperti ETP. (Sebelum ni x pernah sibuk ke? Hahaha)
Dipendekkan cerita, tahun ini juga kemungkinan besar kami akan menjalani latihan praktikal sesudah tamat pembelajaran sesi Jan 2009 ini.
Berita terkini!
Saudara kita, Muhammad Waffiudin telah mengalami kecederaan ringan setelah terlibat dalam satu kemalangan di tempat tinggal beliau. Details yang lebih mendalam? Sila tanya beliau. Semoga beliau cepat sembuh.
Berbalik kepada cerita tahun baru, moga semua akan belajar rajin-rajin dan jangan bermalas-malasan.
Dan, tidak dilupakan, rakan rakan kami, Anwar (Bobo) dan Zulhilmi (Bido) yang sedang menjalani latihan praktikal, semoga berjaya dan jumpa lagi di masa akan datang.
Sekian.
P/S: Kepada pelanggan pelanggan tetap Kedai Kopi V4CS2, harap maaf di atas ketidak-update-an blog ini. Busy sikit. Haha.
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malb ari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Nukilan Usman Awang
Hanya tinggal beberapa hari, Kedai Kopi V4C-S2 akan kehilangan dua orang warganya. Kedua-dua insan bertuah ini akan melanjutkan pelajaran ke
Natijahnya, dua insan ini akan menjalani sesi praktikal selama lapan bulan dalam bidang pengajian masing-masing. Selepas mereka menamatkan sesi praktikal, warga yang lain akan mengikut jejak langkah mereka. Juga praktikal selama lapan bulan. Maka, lebih kurang setahun mereka tidak akan berjumpa antara satu sama lain.
Oleh yang demikian, post seterusnya akan berkisar mengenai mereka berdua sahaja. Post khas untuk menghantar kedua-dua insan ini menempuh pengalaman baru.
Selamat Maju Jaya.
Read more...اسلام اليكم ورحمة الله وبركة
Salam sejahtera.
Baru-baru ni, kami warga kedai kopi sering membincangkan mengenai permainan tradisional. Isu ini ditimbulkan pertama kali sewaktu Chief Editor, Editor, dan Comments Moderator berjalan kaki untuk menuntut ilmu di Pusat Sumber Maklumat. Malam itu, kami yang kekenyangan berjalan perlahan-perlahan ke destinasi. Tempoh perjalanan yang agak lama itu, kami gunakan untuk mebincangkan tentang banyak perkara, teutamanya tentang permainan tradisonal. Selang beberapa hari, perkara ini dinaikkan di Kedai Kopi V4C-S2 sewaktu makan malam sambil disertai seorang lagi teman, Penstabil Keadaan. Kami dari tiga negeri berbeza; Johor, Pulau Pinang, dan Kedah agak terkejut dengan fakta yang kami bermain permainan yang sama sewaktu kecil.
“Isi cerite lebih kurang cmnilah. Mayb yg bace blog ni umo pun lbey kurg same je kn, sebaye katekn, msti korg igt permainan ni.
Pernah main kereta mini? Ala, yang kite panggil TAMIYA tu. Dulu mase kecik-kecik, glory day kereta ni time ade cerite Dash! Yonkuro. Cite yang pasal 5 orang budak main lumba-lumba kereta mini. Great Emperor, Burning Sun, Shooting Star, Cannon Ball ngan Dancing Doll. Tapi kalo balik sekolah je tu, stret duk depan TV sebab nak tgk kartun ni. Pastu abes cite ni je, petang sket terus keluar main.
Dari Selatan sampai ke Utara, cara main sama je. Cari stick hoki, pegi kat court mane2, berlumba ngan kawan-kawan. Mane yang takde stick hockey, amik kayu ape-ape, buat sendiri. Pastu ade yang pi tebai main kat sekolah, penuh la tepi longkang sekolah, budak-budak tengok orang berlumba. Mane-mane tempat yg up-to-date sket, ade gak la taukey-taukey, brader-brader yang sanggup wat trek utk budak-budak ni main. Kalau kat Jitra tu, Nyonya tu caj 50 kupang sekali main. Betul kan, CM? Pandai gak Nyonya tu cari duit.
Time tu, mane yang tak ade duit, beli yang harge rm5 je. Tapi sekarang ade yang rm2 je. Turun byk giller tu. CE siap sep duit lagi sebab nak beli yang brand TAMIYA. Kalo AULDEY murah sket. TAMIYA tu lebey rm20 gak la kene perabes. Pastu, ade gak yang sep duit sebab konon-konon nak upgrade keta masing-masing. Tuka enjin la, gear la, macam-macam lagi la. Make, wujudlah profession baru di kalangan budak-budak; Mekanik Keta.”
Kepada pembaca yang sebaya dengan kami, mungkin ada pengalaman yang sama. Ini yang dikatakan sama bangsa, sama budaya. Rasanya rugi bagi yang sebaya kami, tidak pernah berlumba dengan kereta mini. Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pengalaman kanak-kanak tersendiri. Kongsilah bersama rakan-rakan, kenangan manis tak usah dilupakan.
© Blogger template Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP