siapa di hatiku, siapakah diriku !

>> Saturday, November 22, 2008

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malb ari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali


Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing


Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"



Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Nukilan Usman Awang

Read more...

Perginya Teman Seperjuangan

>> Friday, November 21, 2008


Hanya tinggal beberapa hari, Kedai Kopi V4C-S2 akan kehilangan dua orang warganya. Kedua-dua insan bertuah ini akan melanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur dan Melaka masing-masing. Segala kenangan pahit dan manis bersama akan di kenang sampai bila-bila.

 


Natijahnya, dua insan ini akan menjalani sesi praktikal selama lapan bulan dalam bidang pengajian masing-masing. Selepas mereka menamatkan sesi praktikal, warga yang lain akan mengikut jejak langkah mereka. Juga praktikal selama lapan bulan. Maka, lebih kurang setahun mereka tidak akan berjumpa antara satu sama lain.

 


Oleh yang demikian, post seterusnya akan berkisar mengenai mereka berdua sahaja. Post khas untuk menghantar kedua-dua insan ini menempuh pengalaman baru.

 


Selamat Maju Jaya.

Read more...

Kami Bekas Pelumba Kereta

>> Thursday, November 20, 2008


اسلام اليكم ورحمة الله وبركة



Salam sejahtera.



Baru-baru ni, kami warga kedai kopi sering membincangkan mengenai permainan tradisional. Isu ini ditimbulkan pertama kali sewaktu Chief Editor, Editor, dan Comments Moderator berjalan kaki untuk menuntut ilmu di Pusat Sumber Maklumat. Malam itu, kami yang kekenyangan berjalan perlahan-perlahan ke destinasi. Tempoh perjalanan yang agak lama itu, kami gunakan untuk mebincangkan tentang banyak perkara, teutamanya tentang permainan tradisonal. Selang beberapa hari, perkara ini dinaikkan di Kedai Kopi V4C-S2 sewaktu makan malam sambil disertai seorang lagi teman, Penstabil Keadaan. Kami dari tiga negeri berbeza; Johor, Pulau Pinang, dan Kedah agak terkejut dengan fakta yang kami bermain permainan yang sama sewaktu kecil.



“Isi cerite lebih kurang cmnilah. Mayb yg bace blog ni umo pun lbey kurg same je kn, sebaye katekn, msti korg igt permainan ni.



Pernah main kereta mini? Ala, yang kite panggil TAMIYA tu. Dulu mase kecik-kecik, glory day kereta ni time ade cerite Dash! Yonkuro. Cite yang pasal 5 orang budak main lumba-lumba kereta mini. Great Emperor, Burning Sun, Shooting Star, Cannon Ball ngan Dancing Doll. Tapi kalo balik sekolah je tu, stret duk depan TV sebab nak tgk kartun ni. Pastu abes cite ni je, petang sket terus keluar main.



Dari Selatan sampai ke Utara, cara main sama je. Cari stick hoki, pegi kat court mane2, berlumba ngan kawan-kawan. Mane yang takde stick hockey, amik kayu ape-ape, buat sendiri. Pastu ade yang pi tebai main kat sekolah, penuh la tepi longkang sekolah, budak-budak tengok orang berlumba. Mane-mane tempat yg up-to-date sket, ade gak la taukey-taukey, brader-brader yang sanggup wat trek utk budak-budak ni main. Kalau kat Jitra tu, Nyonya tu caj 50 kupang sekali main. Betul kan, CM? Pandai gak Nyonya tu cari duit. 



Time tu, mane yang tak ade duit, beli yang harge rm5 je. Tapi sekarang ade yang rm2 je. Turun byk giller tu. CE siap sep duit lagi sebab nak beli yang brand TAMIYA. Kalo AULDEY murah sket. TAMIYA tu lebey rm20 gak la kene perabes. Pastu, ade gak yang sep duit sebab konon-konon nak upgrade keta masing-masing. Tuka enjin la, gear la, macam-macam lagi la. Make, wujudlah profession baru di kalangan budak-budak; Mekanik Keta.”



Kepada pembaca yang sebaya dengan kami, mungkin ada pengalaman yang sama. Ini yang dikatakan sama bangsa, sama budaya. Rasanya rugi bagi yang sebaya kami, tidak pernah berlumba dengan kereta mini. Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pengalaman kanak-kanak tersendiri. Kongsilah bersama rakan-rakan, kenangan manis tak usah dilupakan.

 

Read more...

sesi soal jawab !

>> Tuesday, November 18, 2008


apa itu kedai kopi kami ?
- satu medium ntuk berkongsi mslh mungkin ?

mengapa blog ?
- erm..trend ? for fun ? buang ms ?

nk promot ahli rumah ke ?
- herr...herrr...herr..ahli rumah dh cukup femes kot..xperlu pomot2

ye ke femes ?
- sebut saja pidot, semua gadis tahu..sebut figo semua gadis terliur..minud ? kg cemerlang kot..alep ? xkn xkenal urutoraman kuraoudo(ntah btol ke x ejaan nih..maaf alep..hahaha)

penghuni laen ?
- nk sebut smua ke ? x ckup ruang la dude..

pomot je la~
- xperlu..xperlu..baca blog nih..dan encik akan tahu

mengapa blog ?
- dh tny kot td..cheee___

kandungan blog ?
- baca la dlu...haih~

apa xtvt yg slalu pelanggan kedai kopi lakukan ?
- melepak semestinya..mengulangkaji amatlah pasti..bermaen game kureng sedikit

mengulangkaji ?
- tayah tny kot..amatlah pasti !

xkn tuh je xtvt ?
- kalo nk tau lg..rajen2lah baca blog nih..herrr..herr...

lohh..xtvt2 spesel tadak ke ? xtvt ujung minggu ?
- erm..ada2..km pnah lpak ngan austrian(osmet) km kat ipoh..agal cool la..tgk la gamba2 kat bwh tuh eh

yela2..ada apa2 lg x nk ckp dlm sesi nih ?
- sedikit pengenalan tntang diri km bleh ?

ceh..padahal nih patut ltak kat intro..ok2~ silakan
- kami lelaki santai yg gemar bersembang di kedai kopi sambil berkomplot tntang sesuatu misalnya menaikkan semangat sesorang melalui sedikit makian..tetapi kami tiada niat yg burok terhadap si polan yg dimaki..

ada lg ?
-ada2..sat2..

apa plak ?
- ntuk warga utp..selamat menjawab peperiksaan..selamat pulang ke rumah..cium tgn mak ayah anda..gembirakan hati mereka..kepada pembaca di luar sana..selamat disember dan selamat hari raya haji ! sekian

orite..terima kaseh ntuk ms anda
- tadahal..jgn lupa comment eh



ketibaan km disambut oleh lucas dan anaknya noah


sesi bersembang bersama bern di beranda

bowling with hannah noah lucas and bern


mkn pizza buatan austrian..halal2..jgn resau


last pic at their house

Read more...

Melepak Bersama Warga Kedai Kopi I

>> Monday, November 17, 2008

Aktiviti Melepak bersama Warga Kedai Kopi V4Cs2

Masa:
0015 - 0130, 17 November 2008

Tempat:
V5 Cafe

Peserta:

  1. Chief Editor
  2. Editor
  3. Designer I
  4. Designer II
  5. Comments Moderator
  6. Penstabil Keadaan

Aktiviti yang dijalankan:
  • Lepak sambil makan roti kosong
  • Lepak sambil makan roti tisu
  • Lepak sambil makan rojak
  • Lepak sambil makan asap
  • Lepak sambil minum teh
  • Lepak sambil minum milo
  • Lepak sambil minum air tin F&N
  • Lepak sambil tengok perlawanan Manchester City vs Hull City
Tujuan:
Ingin membuang masa bersama kawan-kawan. 

Koleksi Kenangan:

Pinggan kotor. Perlu dibasuh.

PK: Dicandid

CE & CM: Dicandid

CE & CM: Khusyuk menonton perlawanan bola sepak
p/s: perhatikan awek dibelakang

PK: Penstabil Keadaan

DI: Juga dikenali sebagai Urutoraman K

DII: Bersahaja makan tisu

Teh O Suam: Imej ini sangat berkaitan dengan aktiviti tersebut

Teh O Suam mendapat tumpuan sekali lagi

Cerita disebalik:
Niat di hati ingin melepak di mapley luar. Malangnya, tiada kenderaan. Maka, kami sepakat berjalan kaki menikmati bayu malam, menuju ke Mapley V5.

Moral:
Jangan buang sampah merata-merata.





Read more...

utarakan segala

salam dan hai..

kepada anda , yg tgh membaca ni...

anda boleh mengutarakan segala pendapat / luahan / komen / ckp kosong di dalam blog ni...

mengutarakan disini bukanlah bermaksud menjadi org utara dgn ckp loghat utagha tetapi paham2 sendiri lah.

anda boleh berbuat demikian di--------> shoutMix box[ruangan sembang kosong] disebelah kanan anda ataupun "comment" di bahagian bawah setiap artikel.

tima kaseh..

jgn biarkan hidup anda diselubungi.....misteri...

Read more...

Surat Untuk Pembaca

>> Saturday, November 15, 2008

اسلام اليكم ورحمة الله وبركة

Salam sejahtera

Ke hadapan pembaca,

Bagaimana keaadan pembaca di sana? Semoga sihat selalu.

Tujuan surat ini di tulis adalah untuk mengisi waktu kosong di kala menunggu azan subuh berkumandang. Waktu sekarang adalah 4.17 pagi. Mengikut waktu solat yang diperolehi dari www.rakanmasjid.com, azan akan berkumandang pada jam 5.44 pagi. Kira-kira sejam setengah dari sekarang.

Rasanya,setakat ini sahaja penulisan pada kali ini. Terima kasih.

Yang Benar,

...................................

Read more...

Under Construction

>> Friday, November 14, 2008

This blog is still under construction. In the meantime, visit our contributors' blog.

Thank you for your support.

Read more...

Salam 3 Pointer

Kami warga Kedai kopi V4C-S2 mengucapkan 'Good Luck' kepada warga rumah ini dan kepada pembaca blog ini sempena minggu peperiksaan yang sedang berkalan. Semoga semua mendapat 3 pointer dan ke atas fooooooooo~!

Read more...

  © Blogger template Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP