Satu Cerita Banyak Makna (Episod IV)

>> Tuesday, June 8, 2010

2009

Semester Januari (UTP)

Aku masih tinggal di V4C tanpa Bobo. Bilik yang sama dengan pengganti Bobo. Jiran yang sama dengan dua orang baru. Hanya cafe yang sama macam tu.

Bobo tiada di UTP kerana berLI di KLCC. Tak ada cerita pasal pengganti Bobo sebab post ini watak utama hanya Bobo.

Aku hanya berkesempatan jumpa Bobo masa kami budak lelaki Jan06 buat Parti Sosej di Taman Tasik UTP. Bobo sampai betul-betul masa sosej-sosej semua dah siap bakar. Kira Bobo datang tinggal makan dan bergambar sakan dengan pose-pose menarik. What the tooottt...

Antara aktiviti bersama Bobo adalah karaoke di Shogun Batu Gajah dan sesi photoshoot di Batu Gajah dengan kamera Ustad. Walaupun aktiviti ringkas, tapi tetap seronok dengan kehadiran Bobo yang telah lama menghilang. Lebih-lebih lagi Bobo menaja aku dengan sampoerna. Itu yang penting.

Semester ini. Aku dan Bobo. Tak banyak ceritanya. Yang ada, cerita-cerita belakang yang akan memalukan pihak-pihak terlibat.


2009

Semester Julai (Permatang Pauh dan Kangar)

Bobo kembali ke UTP. Aku pergi dari UTP. Bobo bersama bilik yang baru. Jiran yang baru. Dan Cafe yang baru. Aku pula segalanya baru di tempat baru.

Semester ini, aku sibuk mencari rezeki untuk menyara hidup di tempat orang. Menjelajah dan menjelajah. Tanpa Bobo juga.

Mungkin sebab Bobo terasa rindu tanpa aku atau mungkin juga bosan kerana keseorangan di UTP, Bobo selalu cuba membuat panggilan-panggilan palsu ke henfon Z550i aku. What the tooottt... Hanya awek-awek Penang sahaja yang boleh membuat panggilan-panggilan palsu ke z550i aku.

Alang-alang aku di Penang, setelah berfikir panjang dan membuat timbang balas bersama keluarga dan kawan-kawan, aku membuat keputusan untuk menghabiskan cuti akhir tahun pemberian majikan Jepun di Perlis. Tanpa segan silu, aku minta Bobo menyediakan plan pelancongan termasuk accommodation yang lengkap untuk aku. Di Perlis, aku berkenalan lebih rapat dengan keluarga dan kawan-kawan Bobo. Mak dan Bapa Bobo yang baik. Melayan aku dengan baik walaupun sering menyusahkan hidup anak bongsu mereka. Kawan-kawan Bobo pula seperti Anip dan Didi telah banyak membantu aku lebih memahami Bobo. Mereka memperkenalkan aku dengan 7 keajaiban Perlis. Yang sempat aku lawat cuma 4 sahaja.

Walaubagaimanapun, percutian aku di Kangar aka Perlis tetap membuahkan hasil positif.


2010

Semester Januari (UTP)

Aku kembali berjumpa Bobo di UTP. Bilik berbeza. Jiran berbeza. Cafe berbeza.

Secara ikhlas, aku rasa semester ini paling banyak aku habiskan masa dengan Bobo. Walaupun bilik jauh, tapi Bobo masih gagah untuk datang melawat kawan-kawan di sini. Mungkin usaha untuk menguruskan badan.

Semester ini, selepas Drama and Theatre II, aku kembali sekelas dengan Bobo. Kami belajar sejarah Malaysia bersama-sama pada hari Rabu jam 5 hingga 7 petang. Selepas itu ke Pasar Malam mengushar awek-awek di pasar malam. Boleh dikatakan aktiviti rutin kami setiap minggu.

Semester ini, semester terakhir bersama Bobo. Lepas ni, tak tahu lagi bila.

Dekat 5 tahun kawan Bobo, aku rasa Bobo antara kawan aku paling baik. Kadang-kadang memang menyampah nak layan perangai Bobo, tapi itulah uniknya Bobo. Lepas ni dah tak ada lagi. Bobo kembali ke hujung utara, aku akan kembali ke hujung selatan. Bobo maintain bulat, aku maintain kurus. Bobo maintain jadi pengulas, aku maintain jadi pendengar. Macam-macam perbezaan antara aku dan Bobo tapi kami tetap kawan lagi.

Terima kasih dan minta maaf, Anwar Bin Mahmod. Hang ja lah satu-satunya kawan aku yang perangai lagu ni dan aku selama ni rasa seronok ada kawan lagu ni. Semoga hang bahagia dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah~

Ok. Tak ada sentimental. Hang jumpa aku lain kali, pastikan dah tak bulat. Serabut ahh tengok hang gutu...

Sekian.


TAMMAT
.

Read more...

Satu Cerita Banyak Makna (Episod III)

2007

Semester Julai (UTP)

Kitorang berpindah masuk ke V3E. Semester ni bilik kami tidak lagi dikelilingi oleh kawan-kawan sepermaenan... Tapi rumah masih maintain dengan kawan-kawan yang suka merapu. Kecuali Abg Razak. Ok. Abg Razak pun merapu sekali kadang-kadang.

Aku rasa semester nilah paling banyak sesi-sesi aku buat hal dengan Bobo. Sehingga muncul watak Figo dan Piduih sebagai abang Bobo (kini ketiga-tiga mereka telah menubuhkan Geng Kaki Rimbuk). Roy pula berfungsi sebagai penasihat aku untuk mengawal tingkah laku Bobo.

Masa ni, aku dan Bobo banyak menghabiskan masa bersama Abg Razak. Macam-macam nasihat dia bagi pada aku dan Bobo. Aku dan Bobo hanya mampu mendengar dan kadang-kala berkongsi pendapat juga. Tapi banyak Bobo yang bagi pendapat. Sebab faham-fahamlah perangai aku dan Bobo kan.

Aku pendengar untuk Bobo pengulas.


2008

Semester Januari (UTP)

Kitorang masih tinggal di V3E. Bilik yang sama. Jiran yang sama. Cafe yang sama.

Detail mengenai semester ni boleh di baca pada topik sebelum ini:

2007

Semester Julai (UTP)

Aku masih pendengar untuk Bobo masih pengulas.


2008

Semester Julai (UTP)

Kitorang berpindah masuk ke V4C. Semester ni bilik kami kembali dikelilingi oleh kawan-kawan sepermaenan...

Aktiviti berjaya dipelbagaikan. Dan semester inilah tragedi dendam kesumat Bobo terhadap kawan-kawan sepermaenan yang akan disimpan sampai bila-bila bermula.

Tanggal 25hb Julai, selepas solat Jumaat, kami (aku, Roy, Figo dan Piduih) telah bertolak ke Cameron Highland dengan menaiki dua biji motosikal LC (credit to Seni) untuk bersuka ria riang melihat sunset bergambar sakan makan durian tidur di taman melawat ladang teh makan roti telur dadar tanpa pengetahuan Bobo. Ok. Kantoi dengan Bobo di Kopetro selepas mencucuk duit di bank. Cerita lebih lanjut hanya akan memalukan pihak terlibat termasuk aku. Yang ini aku minta maaf banyak-banyak ya Bobo. Tak elok simpan dendam lama-lama. Buat sakit hati ja.
Hihihihihi...

Di hujung semester, aku dan Bobo perlu berpisah selama setahun. Semester Januari 2009, Bobo akan menjalani Latihan Industri dan Semester Julai 2009, aku pula akan menjalani Latihan Industri. Seriously, masa Bobo nak naek kereta, aku orang last salam dengan dia, terasa sedikit sedih. Dengan muka sedih Bobo yang aku tak tau ikhlas ke tak, aku tiba-tiba terasa sentimental. What the tooottt... Cukup. Cerita lebih lanjut hanya akan memalukan aku sendiri. Cukup hanya jika memalukan Bobo.

Maka, berakhirlah tahun 2009 dengan pemergian Bobo. Semester hadapan aku bersama pengganti Bobo tetapi masih ada cerita antara aku dan Bobo.


OK. Cukup tiga episod. Nanti sambung lagi. Baca artikel ilmiah panjang-panjang ni mesti korang bosan. Kan? Kan?

Read more...

Satu Cerita Banyak Makna (Episod II)

2006

Semester Januari (UTP)

Aku masih tertanya-tanya macam mana aku boleh masuk satu bilik dengan Bobo ni. Dah lah selalu bawak masuk kawan-kawan yang merapu dalam bilik. Masing-masing perangai seropa budak bo~~~~~d*h... Dahlah sembang Utara.

Semester ni, aku masih tak nampak chemistry antara aku dan Bobo.

Tapi kitorang masih berkongsi cerita. Bobo tau masalah aku. Aku tau masalah Bobo. Masing-masing bagi nasihat.

Dan aku selalu pinjam Bobo punya Lagenda Merah Gear Sonket (betul ke nak eja ni?). Nak pergi mana-mana senang. Dia pernah hantar aku pergi kelas Thinking Skills pukul 8 malam hari Rabu dekat Pocket D. Masa tu aku malas gila nak jalan. Pernah gak lepas abes kelas English I, Bobo bawak aku pergi makan kat cafe v5, In2Eat masa tu. Masa zaman kecik-kecik dulu, kitorang tengok cafe v5 tu macam restoranlah. Waktu tertentu je baru boleh makan kat situ. Ini serius.

Dan, kami masih mencari formula untuk membentuk chemistry.


2006

Semester Julai (UTP)

Kitorang berpindah masuk ke V1A. Semester ni bilik kami dikelilingi oleh kawan-kawan sepermaenan...

Hidup lagi huru-hara dengan perangai kawan-kawan yang sorang-sorang cam harrrremmm...
Tapi aku dah mula adapt dengan suasana ni. Lama-lama jadi seronok gak.

Antara peristiwa antara aku dan Bobo yang aku ingat, Bobo merajuk sebab kena tinggal ketika kawan-kawan bersuka-ria riang parti BBQ snorkeling kayaking and shopping di Pulau Pangkor. Dendam kesumat pertama Bobo terhadap kawan-kawan sepermaenan.

Dan semester ni gak aku dapat rasa naik kereta Savvy warna merah plat RG buat pertama kali. Oh... Baru aku tau, Perlis punya nombor plat mula dengan huruf R. Pastu dua huruf saja sebab kereta Perlis keluar lambat. Ramai orang Perlis beli kereta kat Kedah atau Penang. Kemon Bobo, RG stail kaw-kaw!!

Aku sudah lebih memahami perangai Bobo.


2007

Semester Januari (UTP)

Kitorang masih tinggal di V1A. Bilik yang sama. Jiran yang sama. Cafe yang sama.

Semester ini adalah semester pertama kami bergelar Undergraduate. Giler stail... Semester ni, aku dengan laptop aku. Bobo dengan laptop Bobo. Dah tak ada nak pinjam-pinjam laptop Bobo untuk bukak friendster sambil mengushar awek-awek comel.

Semester ni, kitorang sama-sama ambil Drama and Theatre II. Buat cerita pasal Tikus apa kebendanya aku pun dah lupa. Yang penting aku bawa watak Bapak kepada Bobo. Bobo bawa watak anak sulung aku. Dan semestinya kami berdua bukan watak utama. Yang paling aku ingat tentang drama ni, masa tengah wayang depan Dr Naufal, ada babak Bobo gaduh dengan watak utama lakonan Hanif Mechi. Masa aku perlu leraikan pergaduhan budak-budak kecil ni, Bobo betul-betul tersepak aku. What the tooottt... Nasib baik aku cool. Buat-buat tak ada apa-apa. Dalam hati panas membara. Rasa-rasa nak hentak Bobo punya kepala. Ok. Aku exaggerate sahaja.

Semester ini, Bobo masih ungkit pasal dendam kesumat Pulau Pangkor pada semester sebelumnya. Tapi nantikan. Ada lagi dendam kesumat yang aku yakin Bobo simpan sampai bila-bila.



OK. Cukup dua episod. Nanti sambung lagi. Baca artikel ilmiah panjang-panjang ni mesti korang bosan. Kan? Kan?

Read more...

Satu Cerita Banyak Makna (Episod I)

>> Sunday, May 30, 2010

2005:

Disember (UTP)

Aku terpaksa menuju ke Perak buat pertama kali untuk ditemuduga oleh orang-orang besar PETRONAS. Sepanjang Educamp, aku berkenalan dengan seorang anak Perlis, Aizat aka Jat namanya. Dari SMK Derma katanya. Aku selalu ajak Jat ni ngeteh di cafe V2. Yelah... Budak bujang. Apa lagi aktiviti yang syok untuk dibuat selain minum teh sambil mengushar gadis-gadis sebaya yang berpeleseran di cafe dengan gaya intelek.

Nak dijadikan cerita, malam last Educamp, tengah aku syok-syok sembang dengan Jat sambil-sambil ushar gadis-gadis sebaya yang berpeleseran di cafe dengan gaya intelek, tiba-tiba muncul satu lembaga bulat di depan mata. Lembaga tu cuba bersikap peramah dengan berborak-borak kosong diselangi slang-slang dari Perlis. What the tooottt... Lagi baik aku ushar gadis-gadis sebaya yang berpeleseran di cafe dengan gaya intelek.

Okay. Lembaga tu kenalkan diri dengan nama Anwar aka Nuaq.


2005

Disember (Senggarang)

Tengah aku syok-syok lepak kat rumah, baring-baring kat kusyen, fikir tentang masalah nak masuk UTP, tiba-tiba henfon 3610 aku berbunyi. Eh, pasal apa awek aku nak call tengah-tengah hari buta ni. Gayut malam la baru syok. Tengok-tengok skrin 3610 aku, ada nama Nuaq. What the tooottt... Bala datang.

"Hello," aku cakap dengan suara macho lagi cool.
"Hello,nud!" suara Nuaq bergema macam ribut petir. "Hang dapat UTP tak?"
"Alhamdulillah, aku dapat," suara aku masih macho lagi cool.
"Aku dapat gak. Nanti masuk UTP hang duduk satu bilik dengan aku nak?" Nuaq bercakap dengan nada gelabah.
"Emm,ok je." aku maintain macho lagi cool.


2006

Januari (UTP)

Aku jumpa Nuaq kat depan dewan utama UTP. Nuaq naik kereta GEN-II warna merah. Lepas register, kitorang pergi register bilik kat V2 foyer. So, kitorang dapatlah bilik V2B-143 kot kalau tak silap.

Tengah-tengah kemas bilik tu, dengarlah suara mak Nuaq memanggilnya.

"Bobo" perkataaan yang keluar dari mulut mak Nuaq yang baik hati.


OK. Cukup satu episod. Nanti sambung lagi. Baca artikel ilmiah panjang-panjang ni mesti korang bosan. Kan? Kan?

Read more...

UPDATE

>> Thursday, May 27, 2010

Selamat berjaya kepada kawan-kawan yang akan menghabiskan zaman pelajar.

May KedaiKopiKami be with your heart.

Sekian.

Read more...

Sibuk

>> Tuesday, April 28, 2009

Wah!


Akhir akhir ni semua penghuni kedai kopi V4CS2 sangat sibuk menghadapi projek, presentation dan test.

Ramai juga dapat masuk EDX unuk projek ETP mereka. Kami di Kedai Kopi V4CS2 mengucapkan tahniah kepada rakan rakan yang berjaya melayakkan diri ke EDX, dan mendapat medal. Bagi yang kurang berjaya, FYP ada lagi.

XDDDD


Read more...

Cuti Midsem

>> Friday, March 20, 2009

Setelah sekian lama tidak diupdate, kami di sini, warga Kedai Kopi V4CS2 ingin mengucapkan "Selamat Bercuti!" kepada rakan rakan sekalian.


Selamat pulang ke rumah dengan selamat dan selamat pulang ke UTP dengan selamat!


Read more...

  © Blogger template Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP