Satu Cerita Banyak Makna (Episod IV)

>> Tuesday, June 8, 2010

2009

Semester Januari (UTP)

Aku masih tinggal di V4C tanpa Bobo. Bilik yang sama dengan pengganti Bobo. Jiran yang sama dengan dua orang baru. Hanya cafe yang sama macam tu.

Bobo tiada di UTP kerana berLI di KLCC. Tak ada cerita pasal pengganti Bobo sebab post ini watak utama hanya Bobo.

Aku hanya berkesempatan jumpa Bobo masa kami budak lelaki Jan06 buat Parti Sosej di Taman Tasik UTP. Bobo sampai betul-betul masa sosej-sosej semua dah siap bakar. Kira Bobo datang tinggal makan dan bergambar sakan dengan pose-pose menarik. What the tooottt...

Antara aktiviti bersama Bobo adalah karaoke di Shogun Batu Gajah dan sesi photoshoot di Batu Gajah dengan kamera Ustad. Walaupun aktiviti ringkas, tapi tetap seronok dengan kehadiran Bobo yang telah lama menghilang. Lebih-lebih lagi Bobo menaja aku dengan sampoerna. Itu yang penting.

Semester ini. Aku dan Bobo. Tak banyak ceritanya. Yang ada, cerita-cerita belakang yang akan memalukan pihak-pihak terlibat.


2009

Semester Julai (Permatang Pauh dan Kangar)

Bobo kembali ke UTP. Aku pergi dari UTP. Bobo bersama bilik yang baru. Jiran yang baru. Dan Cafe yang baru. Aku pula segalanya baru di tempat baru.

Semester ini, aku sibuk mencari rezeki untuk menyara hidup di tempat orang. Menjelajah dan menjelajah. Tanpa Bobo juga.

Mungkin sebab Bobo terasa rindu tanpa aku atau mungkin juga bosan kerana keseorangan di UTP, Bobo selalu cuba membuat panggilan-panggilan palsu ke henfon Z550i aku. What the tooottt... Hanya awek-awek Penang sahaja yang boleh membuat panggilan-panggilan palsu ke z550i aku.

Alang-alang aku di Penang, setelah berfikir panjang dan membuat timbang balas bersama keluarga dan kawan-kawan, aku membuat keputusan untuk menghabiskan cuti akhir tahun pemberian majikan Jepun di Perlis. Tanpa segan silu, aku minta Bobo menyediakan plan pelancongan termasuk accommodation yang lengkap untuk aku. Di Perlis, aku berkenalan lebih rapat dengan keluarga dan kawan-kawan Bobo. Mak dan Bapa Bobo yang baik. Melayan aku dengan baik walaupun sering menyusahkan hidup anak bongsu mereka. Kawan-kawan Bobo pula seperti Anip dan Didi telah banyak membantu aku lebih memahami Bobo. Mereka memperkenalkan aku dengan 7 keajaiban Perlis. Yang sempat aku lawat cuma 4 sahaja.

Walaubagaimanapun, percutian aku di Kangar aka Perlis tetap membuahkan hasil positif.


2010

Semester Januari (UTP)

Aku kembali berjumpa Bobo di UTP. Bilik berbeza. Jiran berbeza. Cafe berbeza.

Secara ikhlas, aku rasa semester ini paling banyak aku habiskan masa dengan Bobo. Walaupun bilik jauh, tapi Bobo masih gagah untuk datang melawat kawan-kawan di sini. Mungkin usaha untuk menguruskan badan.

Semester ini, selepas Drama and Theatre II, aku kembali sekelas dengan Bobo. Kami belajar sejarah Malaysia bersama-sama pada hari Rabu jam 5 hingga 7 petang. Selepas itu ke Pasar Malam mengushar awek-awek di pasar malam. Boleh dikatakan aktiviti rutin kami setiap minggu.

Semester ini, semester terakhir bersama Bobo. Lepas ni, tak tahu lagi bila.

Dekat 5 tahun kawan Bobo, aku rasa Bobo antara kawan aku paling baik. Kadang-kadang memang menyampah nak layan perangai Bobo, tapi itulah uniknya Bobo. Lepas ni dah tak ada lagi. Bobo kembali ke hujung utara, aku akan kembali ke hujung selatan. Bobo maintain bulat, aku maintain kurus. Bobo maintain jadi pengulas, aku maintain jadi pendengar. Macam-macam perbezaan antara aku dan Bobo tapi kami tetap kawan lagi.

Terima kasih dan minta maaf, Anwar Bin Mahmod. Hang ja lah satu-satunya kawan aku yang perangai lagu ni dan aku selama ni rasa seronok ada kawan lagu ni. Semoga hang bahagia dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah~

Ok. Tak ada sentimental. Hang jumpa aku lain kali, pastikan dah tak bulat. Serabut ahh tengok hang gutu...

Sekian.


TAMMAT
.

0 luahan rasa:

  © Blogger template Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP