Perginya Teman Seperjuangan

>> Friday, November 21, 2008


Hanya tinggal beberapa hari, Kedai Kopi V4C-S2 akan kehilangan dua orang warganya. Kedua-dua insan bertuah ini akan melanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur dan Melaka masing-masing. Segala kenangan pahit dan manis bersama akan di kenang sampai bila-bila.

 


Natijahnya, dua insan ini akan menjalani sesi praktikal selama lapan bulan dalam bidang pengajian masing-masing. Selepas mereka menamatkan sesi praktikal, warga yang lain akan mengikut jejak langkah mereka. Juga praktikal selama lapan bulan. Maka, lebih kurang setahun mereka tidak akan berjumpa antara satu sama lain.

 


Oleh yang demikian, post seterusnya akan berkisar mengenai mereka berdua sahaja. Post khas untuk menghantar kedua-dua insan ini menempuh pengalaman baru.

 


Selamat Maju Jaya.

0 luahan rasa:

  © Blogger template Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP